Penjodoh Bilangan
Nota
1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.
4. Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
5. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Penjodoh Bilangan
Penggunaan
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya.
jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya
sikat
Untuk pisang
ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya.
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya
Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:
1. (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (salah)
(b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (betul)
Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat yang bernas. (salah)
(b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang bernas. (betul)
Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
3. (a) Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan di rambutnya. (salah)
(b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)
Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat.

Contoh -Contoh Penjodoh Bilangan dan Ayat
Latihan
ekor
|
utas
|
bentuk
|
helai
|
kuntum
|
keping
|
papan
|
buah
|
biji
|
batang
|
Isikan tempat kosong dengan Penjodoh Bilangan yang sesuai
1. Kakak memetik dua___________________Bunga Ros di taman.
2. Setiap pagi, Salmah makan dua_________________roti untuk alas perut sebelum ke sekolah.
3.Ibu membeli dua _______________baju kemeja untuk ayah.
4.Pak Dollah membawa pulang tiga_________________petai dari kebunnya.
5.Encik Kamal menghadiahi tunangnya se__________________cincin.
6.Encik Amirul mempunyai dua_____________________kereta mewah.
7.Ayah menggunakan se___________________tali untuk mengikat kayu apinya.
8.Adik memecahkan se___________________pinggan kaca.
9.Pak Harun menyembelih dua __________________lembu semasa majlis kenduri kahwin anaknya.
10.Zurina membeli tiga ____________________pensel di Kedai Koperasi sekolah.